Thursday, 17 March 2011

salam semua .. saya baru disini ..

salam buat semua..

semua yang mengenaliku atau mungkin telah melupaiku.lama daku tidak menulis. barangkali tempoh waktu itu diriku terlalu sibuk. sibuk dengan kerjaya , suami , anak-anak dan BAKAT yang menuntut commitment yang jitu. kini , hari ini , kala usiaku menjangkau setengah abad (tua rupanya) , daku tanpa disedari memegang pena dan buku nota . meluncur laju bait-bait coretan melakari kertas ini.

dulu, tika daku berada di sekolah menengah telah menjadi hobiku  untuk meluahkan rasa dalam coretan . samada dalam bentuk puisi , cerpen atau nurkilan perjalanan . itu 32 tahun yang lalu . hingga aku dinobatkan sebagai pemenang anugerah sastera pada tahun 1978 . lama betul rupanya aku tidak menulis .

pada sahabat semua , walau di mana pun berada , diriku sihat usahaja . doakan daku tabah menempuh segala ujian atas dunia yang fana ini . saat ini aku berada di kampung tercinta . menjaga ibu yang terlantar sakit . oh kalian sudah dapat khabar ini ? ibuku mendapat ujian hebat dari ALLAH SWT . sakit kanser kulit (macam tak percaya !) . kini beliau terlantar . hanya mampu bercakap . makan pun bersuap . di biliknya bagaikan wad di hospital . apa tidaknya .. katil hospital pun ada di situ . sengaja aku membelinya untuk kemudahan menguruskan mengurusnya setiap hari ..

sahabatku , sering kali kita mendengar tentang perkataan UJIAN , PENGORBANAN . inilah masa aku menghadapinya . kini , saat ini , selalu mendengar ceramah tentang berbuat baik kepada ibu bapa . dan apabila mereka telah tua , mereka jadi lemah dan menuntut pengorbanan anak-anak . iya , kini aku mengalaminya .

teman-teman tercinta , kini aku sedang diuji . ibarat kursus perguruan , sedang praktikum . ibarat kursus jurutera , sedang Latihan Industri . ibarat kursus Medical sedang Klinikal . terasa beratnya .. apa yang dapat kukatakan ialah bahawa segala amal ibadat lain itu tidak seberat mana asalkan badan sihat . InsyaAllah boleh melakukan nya . insyaAllah asal ada kemampuan boleh melaksanakannya . tapi menjaga ibu yang sakit menuntut kesabaran yang amat tinggi . jangan cerita pasal wang ringgit , kerana memang sangat perlu . bayangkan saja , belanja ubat dan segala keperluan ibu di samping kos aku berulang-alik Seremban-Batu Pahat .. moga ALLAH memberiku rezeki melimpah ruah . dan yang paling penting , moga-moga diriku sendiri juga sihat . 
berhenti di sini untuk hari ini . jumpa pada kesempatan yang lain . Salam ....



No comments:

Post a Comment