salam.. salam..
huh .. penatnya hari ini ! bermacam jenis emosi datang padaku . sedih . gembira . terharu . bangga . tapi kenapa banyak emosi menerjahku hari ini ? panjang ceritanya...
to all my friends out there , malam tadi aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan .. dua pupuku bernama Rahmat bin Kairin meninggal dunia . dia ini lebih muda dariku .. baru je 46 tahun . tapi dia ada banyak komplikasi seperti jantung , kencing manis , dan darah tinggi . kali terakhir aku bertemunya pada Aidil Fitri yang lalu .. kelihatan kurus dan cengkung .. dan kini dia telah pergi buat selamanya ...
Aku juga amat terharu harini .. sekian tahun aku tidak pernah menjejakkan kaki di rumah saudaraku ini .mungkin juga sebab tidak sempat .. aku kan tinggal jauh (jauh ke ??) di Seremban .. Cuti pun tak panjang bila hari raya .. jadi tak sempat singgah rumahnya.. harini dalam sejarah .. aku dapat pergi ke rumahnya tapi tuan punya diri tinggal jasad sahaja .. sedih-sedih~
syukur juga pada Ilahi kerana aku dapat bertemu saudara maraku .. Baik sebelah ibu maupun sebelah ayahku . paling ramai tentulah sebelah ayahku kerana yang meninggal itu anak saudara ayahku . maka , berpeluk dalam tangisanlah tadi .. lama betul tidak tidak bersua dengan mereka .. dengan si Minah , Tati , Wak Sayuti , Lek Muajir dan ramailah lagi .. hehe .. tidak dapat kusebut semuanya .. huhu .. (sebenarnya ada yang tak kuingat lagi namanya .. hehehe)
kesimpulan yang ku dapat harini .. tiada yang kekal didunia ini . yang hidup pasti akan mati . tinggallah harta benda .. rumah banglo (macam saudaraku tadi) ... anak-anak dan isteri . hanya amalan soleh , ilmu yang bermanfaat yang amalkan oleh orang lain dan doa dari anak yang soleh ..
ok semua...jumpa lagi .. terima kasih kepada yang sesiapa yang baca .. (ada ke yang nak baca ?) jumpa lain kali ye.. tataaaa..
No comments:
Post a Comment