Friday, 18 March 2011

terima kasih..sayang semua..

salam buat suami tercenta..
salam buat ani syazana..
salam buat anisah diyana..
salam buat aimi mastura..
walau dimana pun kalian berada mama tetap mendoakanmu..

terima kasih atas kasih sayang yang kalian beri untuk mama .. 
terima kasih atas caring n understanding selama ini dan lebih-lebih lagi saat ini . tanpa suamiku dan anak-anak comelku tersayang tentulah hidupku kini huru -hara .. tentu u all sedari betapalah kesibukan mama kini . mana nak kejar kerja di tempat baru , dan bekerja menjaga ibu yang terlantar sakit .

bukan calang-calang jarak yang tepaksa dilalui . 280 km jauhnya . setiap minggu terpaksa juga atau kena juga melaluinya . demi ibu tercenta yang telah berkorban sepanjang hidupnya untuk mama . tak terbalas rasanya . moga apa yang kita lakukan dan korbankan menjadi amalan soleh yang diredhai . 

terima kasih buat sahabat-sahabatku di Sk Seri Songsang , Temerloh , Pahang .. Ya ALLAH, sudah terlalu jauh rupanya jarak kita . bagai mimpi di siang hari .. kita berpisah kini ... takpe.. takpe .. jauh di mata dekat di hati .. kalian memang kawan yang best ! mmmuuahhh !!teman-teman seperjuangan BAKAT 7 RAD .. syukran-syukran .. kalian sentiasa di sisiku ... samada saat suka maupun duka .. sayang u all !! ...

dan teman-teman baruku di SK Sikamat , terima kasih kerana kalian juga memahami ujian yang sedang menimpaku .. terima kasih banyak-banyak .. akhirnya .. dengan penuh sedar, aku dapat merasai bahawa semua orang memang menyayangi diriku . oh, bahagianya ! terima kasih .. terima kasih.. terima kasih.. .

perginya seorang saudaraku...

salam.. salam..

huh .. penatnya hari ini ! bermacam jenis emosi datang padaku . sedih . gembira . terharu . bangga . tapi kenapa banyak emosi menerjahku hari ini ? panjang ceritanya...

to all my friends out there , malam tadi aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan .. dua pupuku bernama Rahmat bin Kairin meninggal dunia . dia ini lebih muda dariku .. baru je 46 tahun . tapi dia ada banyak komplikasi seperti jantung , kencing manis , dan darah tinggi . kali terakhir aku bertemunya pada Aidil Fitri yang lalu .. kelihatan kurus dan cengkung .. dan kini dia telah pergi buat selamanya ...

Aku juga amat terharu harini .. sekian tahun aku tidak pernah menjejakkan kaki di rumah saudaraku ini .mungkin juga sebab tidak sempat .. aku kan tinggal jauh (jauh ke ??) di Seremban .. Cuti pun tak panjang bila hari raya .. jadi  tak sempat singgah rumahnya..  harini dalam sejarah .. aku dapat pergi ke rumahnya tapi tuan punya diri tinggal jasad sahaja .. sedih-sedih~
syukur juga pada Ilahi kerana aku dapat bertemu saudara maraku .. Baik sebelah ibu maupun sebelah ayahku . paling ramai tentulah sebelah ayahku kerana yang meninggal itu anak saudara ayahku . maka , berpeluk dalam tangisanlah tadi .. lama betul tidak tidak bersua dengan mereka .. dengan si Minah , Tati , Wak Sayuti , Lek Muajir dan ramailah lagi .. hehe .. tidak dapat kusebut semuanya .. huhu .. (sebenarnya ada yang tak kuingat lagi namanya .. hehehe)

kesimpulan yang ku dapat  harini .. tiada yang kekal didunia ini . yang hidup pasti akan mati . tinggallah harta benda .. rumah banglo (macam saudaraku tadi) ... anak-anak dan isteri . hanya amalan soleh , ilmu yang bermanfaat yang amalkan oleh orang lain dan doa dari anak yang soleh ..

ok semua...jumpa lagi .. terima kasih kepada yang sesiapa yang baca .. (ada ke yang nak baca ?) jumpa lain kali ye.. tataaaa..


Thursday, 17 March 2011

salam semua .. saya baru disini ..

salam buat semua..

semua yang mengenaliku atau mungkin telah melupaiku.lama daku tidak menulis. barangkali tempoh waktu itu diriku terlalu sibuk. sibuk dengan kerjaya , suami , anak-anak dan BAKAT yang menuntut commitment yang jitu. kini , hari ini , kala usiaku menjangkau setengah abad (tua rupanya) , daku tanpa disedari memegang pena dan buku nota . meluncur laju bait-bait coretan melakari kertas ini.

dulu, tika daku berada di sekolah menengah telah menjadi hobiku  untuk meluahkan rasa dalam coretan . samada dalam bentuk puisi , cerpen atau nurkilan perjalanan . itu 32 tahun yang lalu . hingga aku dinobatkan sebagai pemenang anugerah sastera pada tahun 1978 . lama betul rupanya aku tidak menulis .

pada sahabat semua , walau di mana pun berada , diriku sihat usahaja . doakan daku tabah menempuh segala ujian atas dunia yang fana ini . saat ini aku berada di kampung tercinta . menjaga ibu yang terlantar sakit . oh kalian sudah dapat khabar ini ? ibuku mendapat ujian hebat dari ALLAH SWT . sakit kanser kulit (macam tak percaya !) . kini beliau terlantar . hanya mampu bercakap . makan pun bersuap . di biliknya bagaikan wad di hospital . apa tidaknya .. katil hospital pun ada di situ . sengaja aku membelinya untuk kemudahan menguruskan mengurusnya setiap hari ..

sahabatku , sering kali kita mendengar tentang perkataan UJIAN , PENGORBANAN . inilah masa aku menghadapinya . kini , saat ini , selalu mendengar ceramah tentang berbuat baik kepada ibu bapa . dan apabila mereka telah tua , mereka jadi lemah dan menuntut pengorbanan anak-anak . iya , kini aku mengalaminya .

teman-teman tercinta , kini aku sedang diuji . ibarat kursus perguruan , sedang praktikum . ibarat kursus jurutera , sedang Latihan Industri . ibarat kursus Medical sedang Klinikal . terasa beratnya .. apa yang dapat kukatakan ialah bahawa segala amal ibadat lain itu tidak seberat mana asalkan badan sihat . InsyaAllah boleh melakukan nya . insyaAllah asal ada kemampuan boleh melaksanakannya . tapi menjaga ibu yang sakit menuntut kesabaran yang amat tinggi . jangan cerita pasal wang ringgit , kerana memang sangat perlu . bayangkan saja , belanja ubat dan segala keperluan ibu di samping kos aku berulang-alik Seremban-Batu Pahat .. moga ALLAH memberiku rezeki melimpah ruah . dan yang paling penting , moga-moga diriku sendiri juga sihat . 
berhenti di sini untuk hari ini . jumpa pada kesempatan yang lain . Salam ....